Wednesday 12 July 2017

Hilangkan perasaan songsang

Assalamualaikum guys!

Wow da bulan 7! Bulan lepas tak update langsung blog ni. Haha da nampak da tanda² awal kemalasan di situh... Kihkih

Anyway, selamat Hari Raya Aidilfitri, korang! (walaupun dah nak abes syawal dah pun. Hehe😜). Hope korang happy je la raya kali ni. As for me, Penji first time beraya as orang yang bekerja. So first time la bagi duit raya kat mak ayah abang akak pakcik makcik tu sume. Aaaaand.. First time la jugak da tak dapat duit raya daripada pakcik makcik tu. Hahaha.

Banyak jugak abes duit untuk bagi duit raya je 😱

Okay, now merujuk kepada tajuk post ni.. Ekceli sejak beberapa tahun kebelakangan ni, barulah Penji mula menerima kenyataan yang memang Penji suka kat lelaki. At the same time, Penji ada jugak perasaan kat perempuan sebenarnya, which is nipis sangat la perasaannya tu berbanding perasaan kat lelaki. Hehe. Tapi yang pasti, Penji mula yakin yang memang Tuhan da ciptakan Penji macam ni. Bukan dibuat², bukan diminta², bukan dibelajar dari sape². Takda siapa pun ajar Penji untuk suka kat kawan² lelaki Penji waktu tadika dulu. Kalau bukan dari Tuhan, dari siapa pulak datangnya perasaan tu? So sebab itu la Penji decide untuk betul² menerima hakikat yang Penji ni tak straight macam orang lain.


Kalau nak diikutkan, waktu Penji sekolah menengah dulu, Penji selalu doa untuk Tuhan hilangkan perasaan suka kat lelaki ni. Sebab Penji rasa benda ni salah. Tapi itu lah, doa tu tak dimakbulkan pun. Lagi bertambah perasaan tu ada la. Hahaha. Mungkin doa Penji untuk hilangkan perasaan kat lelaki tu sama level macam doa orang straight untuk hilangkan perasaan dorang terhadap perempuan kut. Hehe.



Bila sambung study kat IPT plak, Penji dah tak doa pun untuk hilangkan perasaan ni. Penji da mula terima yang memang Tuhan jadikan Penji macam ni. And ramai je yang sama nasib dengan Penji. In fact, waktu Penji pergi Holy Land haritu, Penji doa macam² depan kaabah. Tapi dalam banyak² doa tu, Penji tak doa pun untuk hilangkan perasaan 'songsang' ni. Bukan terlupa nak doa, tapi memang taknak doa. Entah kenapa. Ada je terpikir untuk doa benda tu. But tak terdoa pun. Punya la menerima diri ni tak straight, sampai tak nak pun doa untuk jadi straight. Gituuuuuuhhh.. Hehe

Tapi one night, Penji mimpi yang Penji bersusah payah untuk pergi lagi sekali ke Holy Land. And bila Penji sampai depan kaabah tu Penji sujud and bersungguh2 berdoa sesuatu kat Tuhan. "ya Allah, kau hilangkan la perasaan songsang ni!". That was my doa dalam mimpi tu.

Untuk beberapa hari, in fact sampai sekarang ni, Penji masih terpikir² kenapa Penji mimpi benda tu. Adakah sebenarnya dalam hati ni masih tak redha diri ni tak straight? Atau ini satu petanda yang Penji ni bakal menjadi straight tak lama lagi? Kahkahkah

Wallahua'lam.

Sape bole tafsir mimpi kat sini? Hehe

2 comments:

  1. Tapi kalau selalu mimpikan jantan, apa makna disebalik mimpi itu? ekekekeke..:sibuk nak tafsir mimpi gak:

    Cakap pasal mimpi ni, dulu aku suka baca buku tafsir mimpi..tapi mostly tak tepat.. Sudahnya aku dah malas nak baca, buku tu pun dah selamat masuk kotak buat stok kumpul habuk..sakit hati! hahaha

    ReplyDelete
  2. Hai BangKamen! Maap sesangat sbb bru reply. Hehe. Jantan mcm mana yg BangKamen mimpi tu? Husband material ke tak? Hahaha

    Penji memang suka tafsir2 mimpi ni. Pernah gak ada buku tu. And a few memang betul gak. Plus, Penji banyak kali gak la dapat petunjuk from my own mimpi. Fefeling superpower gitchew.. Haha

    ReplyDelete

2021 quick update

 Assalamualaikum  2 tahun tak bukak blog ni.  entah kenapa tiba2 teringat blog ni pagi tadi. dalam masa 2 tahun ni macam2 dah berlaku i'...