Friday 28 April 2017

Consistency

Assalamualaikum guys!

Update blog dengan entry² baru memang satu cabaran. Untuk Penji la especially. Tak tau la kalau blogger² lain rasa senang je kan. hehe

 Minggu depan Penji akan berhenti menganggur and start kerja. Sooo.. Terpikir la jugak, "adakah aku mampu hadap blog ni lagi lepas ni?" Haha. Maklumlah, konpem bizi punya bila da start kerja kan. Tengah menganggur pun tak menyempat nak update, inikan bila da bizi kerja nanti. Hahaha 😅

At the same time, Penji harap gak Penji akan dapat rakan2 sekerja yang okay2. Kalau ada yang hensem tu kira bonus la. (hahak! Nakal di situuhhhh..!) Tapi betul lah. Kalau workmates semua okay2, InsyaAllah kita nak bekerja pon seronok beronok ronok, nokkkkk.. Eh.
Hope Penji tak jadi pemalu and awkward time first day nanti. Hehe

Ha, dah la kut. Tak tau nak cerita apa lagi. Doakan Penji dapat stay positive starting from the first day of work, sampai la bila2 ye. Hahaha. And doakan la supaya masih mampu menulis kat blog ni. Hehe.

Tata guys👋
May Allah's blessings be with you~! 😘

Thursday 6 April 2017

Gay dalam Masjid

Assalamualaikum guys!

Korang selalu tak pergi masjid? Kalau tak selalu pun, paling tak pun mesti la seminggu sekali time solat Jumaat tu korang pergi kan? (ke tak jugak? Hish. Teghuk betul. =,.=") Anyway, pernah tak korang tak khusyuk giler time kat masjid sebab orang sebelah korang tu HOT sesangat? By saying 'hot', maksudnya memang sejuk mata memandang la. (eh kejap hot, kejap sejuk, mana satu Penji ni. Haha)


So this thing selalu happened to me la. Pergi masjid niat da baik dah. Sampai² je kat masjid, ternampak mamat hensem, terus ambil tempat sebelah dia. Haha (niat sudah salah di situuuuuhhh!) And recently, time Penji gi masjid waktu zohor. Biasa zohor ni mana la ramai sangat orang kan. Penji ni duduk kat kampung. Yang datang pun biasa yang tua² atuk² tu je la. Tapi nak dijadikan citer, Penji masuk2 je masjid tu ternampak ada sorang mamat ni. Orang luar. Muda. Sado. Singgah berhenti untuk solat kat masjid tu... Apa lagi, bijik mata Penji memang terus terpaku kat bicep dia! "Indahnya ciptaan Tuhaaaaannn.." bisik hati Penji. (mata bentuk love. Haha)

Time nak masuk saf, dia diri sebelah Penji! Aduuuuhhhhh.. There goes my khusyuk. Shiiuuuuu~~~ (bunyi 'khusyuk' terbang jauh ke angkasa raya. Haha). Memang tak boleh betul la bila solat sebelah orang yang helok ni. Tangan masingmasing tergesel² plaktu. Aduhh.. Senang citer memang rasa macam sia² la solat Penji time tu. Entah Tuhan terima ke idok. Wallahua'lam. Haihhh..
Khusyukku terbang jauh ke angkasa.. berkali² terbangnya. hahaha
 
Penji pernah terbaca sorang blogger ni tulis, "bila pergi masjid, tak payah nak ngada² solat sebelah orang yang hensem. Dah tahu diri tu memang minat jantan. Solat je la kat sebelah orang tua ke budak2 ke, or mana2 yang kau tak taste tu. Boleh la khusyuk sikit". (lebih kurang cmni la mesej yang blogger tu nak sampaikan. Hehe).

Memang betul la apa yg blogger tu cakap. But well.. Kat masjid pun kadang² setan and nafsu jahat tu masih lagi usik² hati kita ni ha. Harap next time boleh la lawan skit godaan² kat masjid ni ye. Hehe

Papepon, jangan pernah jemu untuk mintak kat Tuhan supaya diri kita dilindungi ye guys! Yang menulis ni pon sama 2 kali 5. Haha.

Okay, may Allah bless you guys! Muahmuah!😘

2021 quick update

 Assalamualaikum  2 tahun tak bukak blog ni.  entah kenapa tiba2 teringat blog ni pagi tadi. dalam masa 2 tahun ni macam2 dah berlaku i'...