Sunday 3 September 2017

Akhi

Assalamualaikum guys

Haritu Penji pergi KL. FYI, untuk seorang Penji, KL merupakan tempat yang sangat lah asing. Memang jarang sangat la jejak kaki kat kolumpo tu. Last sekali cecah KL was two years ago kut. Tu pun kat sipi² KL je. Haha.

Penji gi KL dengan sorang member Penji ni. Baru setahun kut kenal dengan dia. Jumpa pun jarang². But our bond tu memang level kawan baik gak la. Ye la, sampai sanggup temankan dia gi KL untuk settlekan urusan dia kat sana. Kira kawan baik la tu kan? Haha.

Let's call my fren ni Faiz. So Faiz ni dia orangnya berbadan sedang. Tak keding, tak gemuk. Ada riak² sado pada lengan dan dadanya. Muka lonjong. Selalu tersenyum. Sangat soft spoken. And kategori manusia alim gak la. Hehe.

Okay. Kitorang gi KL 1hari 2malam (gerak malam, siangnya round kl, malamnya balik. So 1h2m. Hiks). So basically Penji and Faiz pusing2 KL naik public (kereta biar parking kat masjid negara) sebab Faiz kata saja nak bagi Penji rasa naik LRT, Monorel, MRT tu sume. Yup. Memang tu la first time naik. Setelah hidup 20tahun lebih kat Malaysia ni. Baru tu lah dapat naik even LRT. Haha kawal jakun je la kat dalam tu. Hehe.

Ouh ya. Malam tu kitorang sampai KL around 1am. Faiz kata tido kat Masjid Negara je. So tidurlah kami berdua kat luar dewan solat kat situ. Berbantalkan beg dan berselimutkan kain pelikat masing². (kalau tido berdua kat hotel, mungkin Penji dah ternakal² dah dengan Faiz tu. If you know what I mean. Hahaha)

"adakah ini kali yang pertama.. adakah ini kali yang terakhir~"


Long story cut short, Penji perasan Faiz tu macam sesuatu sebenarnya. From the moment Penji mula² jumpa dia. Well, kita kan macam ada gay instinct tu kaaaaannn.. Haha. And sepanjang dekat KL tu, Penji bersaya-awak dengan Faiz. And so did he. And banyak la jugak bertouching². Serius rasa macam kapel time tu. Ahak!

Tapi.... At the same time Penji macam dapat rasa yang Faiz tu dalam stage denial (atas beberapa faktor bodily reflexes dengan Penji.πŸ™ˆ). Penji banyak kali macam nak come out dengan Faiz. Tapi mungkin masa dan situasi belum mengizinkan. Da la dia tu alim. Elak nanti Penji kena bash plak dengan dia. Kadang² orang alim ni, walaupun dia gay sekalipun, dia akan bajet² straight and anti-gay. Hahaha

Kaylah. Doakan la Penji okay je dengan Faiz tu ye.

May peace be upon you!


Sunday 6 August 2017

Kecundang Kecamuk.

Assalamualaikum guys! 

Nothing much to say. Penji agak berkecamuk this few days. 
Hmmmm... 


Kecundang mengawal nafsu. 
Lalu jiwa terus membeku melesu. 
Meratap takdir yang telah berlaku. 

Tiap helaan nafas rasa berdosa. 
Tak tenang melangkah sini dan sana. 
Nak ungkap taubat berat terasa. 

Keliru antara laknat dan rahmat. 
Kecamuk akal bagai direnjat. 
Kuseru Tuhan namun tak terlihat. 

Hanya mahu satu entiti penyokong. 
Yang menyayang dan tak mengongkong. 
Agar tak perlu lagi tipu dan bohong. 

Tuhan, aku penat namun Kau tahu. 
Memang ini Kau mahu untukku. 
Kuredha, tapi kumohon kurayu, 
Oh Tuhan tolong kuatkanlah aku! 



May peace be upon you. 

Wednesday 12 July 2017

Hilangkan perasaan songsang

Assalamualaikum guys!

Wow da bulan 7! Bulan lepas tak update langsung blog ni. Haha da nampak da tanda² awal kemalasan di situh... Kihkih

Anyway, selamat Hari Raya Aidilfitri, korang! (walaupun dah nak abes syawal dah pun. Hehe😜). Hope korang happy je la raya kali ni. As for me, Penji first time beraya as orang yang bekerja. So first time la bagi duit raya kat mak ayah abang akak pakcik makcik tu sume. Aaaaand.. First time la jugak da tak dapat duit raya daripada pakcik makcik tu. Hahaha.

Banyak jugak abes duit untuk bagi duit raya je 😱

Okay, now merujuk kepada tajuk post ni.. Ekceli sejak beberapa tahun kebelakangan ni, barulah Penji mula menerima kenyataan yang memang Penji suka kat lelaki. At the same time, Penji ada jugak perasaan kat perempuan sebenarnya, which is nipis sangat la perasaannya tu berbanding perasaan kat lelaki. Hehe. Tapi yang pasti, Penji mula yakin yang memang Tuhan da ciptakan Penji macam ni. Bukan dibuat², bukan diminta², bukan dibelajar dari sape². Takda siapa pun ajar Penji untuk suka kat kawan² lelaki Penji waktu tadika dulu. Kalau bukan dari Tuhan, dari siapa pulak datangnya perasaan tu? So sebab itu la Penji decide untuk betul² menerima hakikat yang Penji ni tak straight macam orang lain.


Kalau nak diikutkan, waktu Penji sekolah menengah dulu, Penji selalu doa untuk Tuhan hilangkan perasaan suka kat lelaki ni. Sebab Penji rasa benda ni salah. Tapi itu lah, doa tu tak dimakbulkan pun. Lagi bertambah perasaan tu ada la. Hahaha. Mungkin doa Penji untuk hilangkan perasaan kat lelaki tu sama level macam doa orang straight untuk hilangkan perasaan dorang terhadap perempuan kut. Hehe.



Bila sambung study kat IPT plak, Penji dah tak doa pun untuk hilangkan perasaan ni. Penji da mula terima yang memang Tuhan jadikan Penji macam ni. And ramai je yang sama nasib dengan Penji. In fact, waktu Penji pergi Holy Land haritu, Penji doa macam² depan kaabah. Tapi dalam banyak² doa tu, Penji tak doa pun untuk hilangkan perasaan 'songsang' ni. Bukan terlupa nak doa, tapi memang taknak doa. Entah kenapa. Ada je terpikir untuk doa benda tu. But tak terdoa pun. Punya la menerima diri ni tak straight, sampai tak nak pun doa untuk jadi straight. Gituuuuuuhhh.. Hehe

Tapi one night, Penji mimpi yang Penji bersusah payah untuk pergi lagi sekali ke Holy Land. And bila Penji sampai depan kaabah tu Penji sujud and bersungguh2 berdoa sesuatu kat Tuhan. "ya Allah, kau hilangkan la perasaan songsang ni!". That was my doa dalam mimpi tu.

Untuk beberapa hari, in fact sampai sekarang ni, Penji masih terpikir² kenapa Penji mimpi benda tu. Adakah sebenarnya dalam hati ni masih tak redha diri ni tak straight? Atau ini satu petanda yang Penji ni bakal menjadi straight tak lama lagi? Kahkahkah

Wallahua'lam.

Sape bole tafsir mimpi kat sini? Hehe

Tuesday 30 May 2017

My May. in short. Heee

Assalamualaikum guys!

Ramadan Kareem to all of you. Moga Allah izinkan & kuatkan kita semua untuk buat berlori2 amal ibadat sepanjang bulan yang osem ni. Hehe

It's the final day of May. It's almost one month dah Penji dapat kerja. To cut short, kerja ok, kawan2 ok, bos ok, tempat kerja ok, alhamdulillah semua ok. Hehe. (ada je few benda yang tak ok sebenarnya but I choose to view things positively. Chewahhh!) So post kali ni pun sebab taknak Mei ditinggalkan sepi tanpa sebarang post. Kihkih. Well.. Maklumlah, bizi kerja, chuolls. 😽 Haha alasan!

Nothing much to be updated actually. Or dalam kata lain, otak malas nak recall apa yang dah berlaku for the past month. Hiks. But one thing's for sure, I'm still struggling to kawal my nafsu. By saying nafsu, Penji memang bermaksud merujuk nafsu yang itu. Ye. Nafsu itu. Haha. Fortunately alhamdulillah, Ramadan datang tepat pada masanya! So far, apa yang Penji experienced, puasa memang boleh melemahkan nafsu syahwat kita. Therefore secara tak langsung dia membantu la proses pembelengguan nafsu yang Penji da lama inginkan. *muka suci* πŸ˜‡

Penji harap bila da kerja ni Penji akan bizi and takda masa nak pikir pasal nak menggatal2 ni. Tapiiii.... Nampaknya Tuhan takkan biarkan Penji begitu saja. Hahaha. Sebabnya, ada sorang workmate Penji ni dia kinda bisexual kut. Dia duda. Anak sorang. And few gay things happened antara Penji dengan dia. Which Penji memang regret la benda2 tu terjadi. Ya Allah, ampunkanlah Penji yang mudah lalai ni. Haihhh..


Actually taknak citer pon pasal workmate tu, but dah tertaip sikit and malas nak delete. So segitu je lah ye citer yang korang dapat tahu. Hahaha. Bukan apa, Penji taknak terjebak lagi kalau boleh. Nak jadi plu yang soleh. Yang tuhan sayang. Hehehe. Jangan gelakkan okay.. After all, kita masih hamba kepada yang ciptakan kita. And I believe that He has made me like this as a test. 😊

Oklah. Sori macam membebel je lebih. Hehe
Sekali lagi, selamat menyambut Ramadan to all of you. Moga Allah sayang lebih untuk Ramadan kali ni!
May peace be upon you! 😘

Friday 28 April 2017

Consistency

Assalamualaikum guys!

Update blog dengan entry² baru memang satu cabaran. Untuk Penji la especially. Tak tau la kalau blogger² lain rasa senang je kan. hehe

 Minggu depan Penji akan berhenti menganggur and start kerja. Sooo.. Terpikir la jugak, "adakah aku mampu hadap blog ni lagi lepas ni?" Haha. Maklumlah, konpem bizi punya bila da start kerja kan. Tengah menganggur pun tak menyempat nak update, inikan bila da bizi kerja nanti. Hahaha πŸ˜…

At the same time, Penji harap gak Penji akan dapat rakan2 sekerja yang okay2. Kalau ada yang hensem tu kira bonus la. (hahak! Nakal di situuhhhh..!) Tapi betul lah. Kalau workmates semua okay2, InsyaAllah kita nak bekerja pon seronok beronok ronok, nokkkkk.. Eh.
Hope Penji tak jadi pemalu and awkward time first day nanti. Hehe

Ha, dah la kut. Tak tau nak cerita apa lagi. Doakan Penji dapat stay positive starting from the first day of work, sampai la bila2 ye. Hahaha. And doakan la supaya masih mampu menulis kat blog ni. Hehe.

Tata guysπŸ‘‹
May Allah's blessings be with you~! 😘

Thursday 6 April 2017

Gay dalam Masjid

Assalamualaikum guys!

Korang selalu tak pergi masjid? Kalau tak selalu pun, paling tak pun mesti la seminggu sekali time solat Jumaat tu korang pergi kan? (ke tak jugak? Hish. Teghuk betul. =,.=") Anyway, pernah tak korang tak khusyuk giler time kat masjid sebab orang sebelah korang tu HOT sesangat? By saying 'hot', maksudnya memang sejuk mata memandang la. (eh kejap hot, kejap sejuk, mana satu Penji ni. Haha)


So this thing selalu happened to me la. Pergi masjid niat da baik dah. Sampai² je kat masjid, ternampak mamat hensem, terus ambil tempat sebelah dia. Haha (niat sudah salah di situuuuuhhh!) And recently, time Penji gi masjid waktu zohor. Biasa zohor ni mana la ramai sangat orang kan. Penji ni duduk kat kampung. Yang datang pun biasa yang tua² atuk² tu je la. Tapi nak dijadikan citer, Penji masuk2 je masjid tu ternampak ada sorang mamat ni. Orang luar. Muda. Sado. Singgah berhenti untuk solat kat masjid tu... Apa lagi, bijik mata Penji memang terus terpaku kat bicep dia! "Indahnya ciptaan Tuhaaaaannn.." bisik hati Penji. (mata bentuk love. Haha)

Time nak masuk saf, dia diri sebelah Penji! Aduuuuhhhhh.. There goes my khusyuk. Shiiuuuuu~~~ (bunyi 'khusyuk' terbang jauh ke angkasa raya. Haha). Memang tak boleh betul la bila solat sebelah orang yang helok ni. Tangan masingmasing tergesel² plaktu. Aduhh.. Senang citer memang rasa macam sia² la solat Penji time tu. Entah Tuhan terima ke idok. Wallahua'lam. Haihhh..
Khusyukku terbang jauh ke angkasa.. berkali² terbangnya. hahaha
 
Penji pernah terbaca sorang blogger ni tulis, "bila pergi masjid, tak payah nak ngada² solat sebelah orang yang hensem. Dah tahu diri tu memang minat jantan. Solat je la kat sebelah orang tua ke budak2 ke, or mana2 yang kau tak taste tu. Boleh la khusyuk sikit". (lebih kurang cmni la mesej yang blogger tu nak sampaikan. Hehe).

Memang betul la apa yg blogger tu cakap. But well.. Kat masjid pun kadang² setan and nafsu jahat tu masih lagi usik² hati kita ni ha. Harap next time boleh la lawan skit godaan² kat masjid ni ye. Hehe

Papepon, jangan pernah jemu untuk mintak kat Tuhan supaya diri kita dilindungi ye guys! Yang menulis ni pon sama 2 kali 5. Haha.

Okay, may Allah bless you guys! Muahmuah!😘

Monday 20 March 2017

Birthday

Assalamualaikum guys!

So... Simple and straightforward, few days ago was my birthday. Nothing much, sebab Penji da start rasa yang hari jadi ni simply just a tarikh je. Nothing special pon. Malah mengingatkan lagi yang diri ni makin tua dah. Hahaha.

Ada la few kengkawan yang wish. And family members. Penji private birthday Penji kat Facebook, so siapa yang tahu tu memang dia tahu lah. Bukan sebab diremind oleh inchik fesbuk. Haha. Nak wish ke taknak wish tu, suke hati hengkorang lah. Penji tak berharap and Penji tak jugak melarang. Haha

 Hadiah from family members tu ofkos la special kan, but what made Penji paling berbunga hati on that day was Penji punya crush sejak zaman sekolah, pm kt FbMessenger and wish happy birthday kat Penji! Berbunga raflesia Penji dibuatnya bila tahu yang dia ingat birthday Penji. Hiks.

Korang mungkin tak faham, but that feeling when kau dapat birthday wish daripada orang yang kau sayang and care and minat and suka selama bertahun2 lamanya, sememangnya suatu perasaan yang omaigod happy gila kut! Walaupun hakikatnya Penji cuma boleh menjalin friendship je dengan dia instead of ship yang lagi satu tu. Haha.

Penji belum pernah cerita pun pasal dia ni. Maybe next time la kut Penji buat throwback. Haha.

Anyway, thanks Mr.Crush for remembering my birthday and for your wish and prayers. I still adore you, as same as I adored you years ago when I laid my eyes on you for my first time. Chewwaaahhhhh! Hahaha

Haihhhh... Kenapa la kau tak gay, Mr.Crush... :'(

Kbye! May God bless you guys! ;)

Thursday 16 February 2017

Setelah sekian lama.. Akhirnya...

Assalamualaikum guys


Tadi siang Penji tido kat sofa depan TV. Dengan belum mandi, berkain pelikat, main tido je kat situ sebab mata masih ngantuk walaupun rasanya tido cukup je malam tadi.

Penji ni jenis kalau tido je mesti mimpi. Memang jarang la Penji tido yang takda mimpi. So tido siang tadi pun ada lah mimpinya jugak...

Panjang lebar mimpi tu. Tapi dalam huru hara mimpi tu, boleh pulak terselit satu adegan yang macam tibe2 dan tak berapa mengikut plot cerita. Adegan itu ialah....

Jeng
Jeng
Jengggg...

Hahaha adegan tu macam ni je. Dia berlaku sekali lalu. Meh Penji cerita.
Ada satu pejabat ni, ada few pekerja. And salah sorang pekerja kat situ was Awal Ashaari. Penji time tu macam marah2 kat pekerja kat situ sebab diorang kerja serius sangat. So Penji kacau2 diorang. And sampai kat Awal tu, Penji goda dia. Goda punya goda, sampai kissing. Kissing punya kissing, terlalu erotik sampailah ke suatu situasi yang kita semua boleh klasifikasikan sebagai saat mendebarkan yang tidak boleh diundurkan lagi. Korang faham kan? Haha.

Hmmmm kaitan gambar ni dan entry ni maybe cuma 1%. hahaha

Terbangun dari tido, Penji sedar yang Penji kena mandi. Kena di sini bermaksud wajib ye. Hahaha.

Tapi apa yang Penji rasa pelik tu, the last time Penji dapat mimpi2 macam ni was 6 or 7 tahun yang lalu. Zaman sekolah menengah dulu² tu ha. Selama ni memang Penji ingat Penji da tak akan dapat mimpi² camni lagi dah. (Sebab biasanya cara lain yang akan berlaku) Hahaha.

Kan best kalau selalu dapat mimpi camni. Takda la rasa bersalah sangat. Sebab semuanya terjadi dalam alam mimpi je. Mana ada mimpi yang berdosa kan? kan? kan? Hehehe.

(Tapi next time harap2 dapat watak lain dalam mimpi tu. Tak minat pun dekat Awal tu sebenarnya. Wekk. Haha)

Kay, sori cerita benda merepek.
May God bless y'all!

Wednesday 1 February 2017

Crush time tadika da nak kawin

Assalamualaikum guys!

So.....  The title pun da cukup kut untuk menceritakan cerita ini. Kbye. The end. Hahaha

Okay camni ceritanya. Around last month time Penji scroll2 Instagram, Penji ternampak satu post by member Penji ni. Member sejak tadika. Dia da tunang. Gambar dgn tunang dia lepas majlis pertunangan. Smiling handsomely as I can remember he smiled since zaman sekolah dulu2. Haha. Well, bila tengok post tu, teringat la jugak zaman dulu2 tu. Zaman Penji crush kt dia. Let's name this guy Faiz.

Macam Penji pernah citer sebelum ni, Penji memang da minat lelaki sejak kecik. So time Penji masuk tadika, (tadika Kemas, umur 6tahun. Hehe) time tu lah mula2 Penji melihat dunia luar. I mean, first time berpengalaman bergaul dengan budak2 yang sebaya dengan Penji. Sebab Penji sejak kecik sampai umur 5 tahun, takda kawan sebaya. So excited la jugak dapat kenal kawan2 baru.

And time tadika tu, dalam banyak2 budak, Penji suka sangat tengok si Faiz tu. Dalam pada semua budak2 tadika tu dihantar oleh mak bapak masing2, Faiz gi tadika naik basikal sendiri. Basikal gear pulaktu. Osem abes! Osem and handsome. Haha. Macho giler kut, umur 6 tahun gi tadika bawak basikal sendiri. Faiz ni anak orang kaya. Tinggi. Rambut ada jambul sikit. Kulit cerah. Muka handsome. Tapi malangnya sepanjang setahun kat tadika tu kitorang berdua tak rapat pun. Cuma minat dia dalam hati je lah. Secret admirer gittuhhh. Haha.



Bila naik sekolah rendah, masih crush kt dia. But beberapa tahun first tu masih tak rapat. Penji pun tak berapa ingat bila dan macam mana boleh rapat tu, tapi start kitorang sama2 jadi pengawas sekolah baru la Penji and Faiz start getting closer with each other. Pernah la jugak duduk sebelah2 time kat kelas dulu. Sempat la jugak kena sound dengan cikgu Sains time bincang paper upsr, sebab kitorang berdua berbual waktu cikgu tu bercakap kat depan. Haha. But I know that Faiz tu straight je orangnya.

Tapi kenangan terindah Penji was during our trip to Cameron Highland. Time tu da lepas upsr. Sekolah buat trip untuk kitorang satu batch. Time tu budak lelaki semua sumbat kat satu apartment ni. Satu bilik entah berapa orang entah tido. A bit kecewa sebab tak dapat sebilik dengan Faiz. But dapat la jugak tengok body dia time dia nak salin2 baju. Time tu da rasa cukup best dah guys.. Umur baru berapa time tu. Hahaha.  And for me, the best of that trip was time kitorang balik daripada sana. Da malam. So tido dalam bas je. And Penji dapat duduk sebelah Faiz. (finally! Hahaha) Penji bukan buat apa sangat pun dekat Faiz tu. Cuma letak kepala kat bahu dia je. But that was the happiest moment ever for me at that age. Hiks. And I slept on his shoulder until sampai kampung kitorang.



Well, tu semua cuma kenangan je lah. Bukan apa-apa sangat pun sebenarnya. and haritu Penji ada whatsapp si Faiz tu, tanya2 pasal pertunangan dia tu and rupanya majlis pernikahan diorang will be on March which is tak lama lagi dah. Haihhh.. sorang demi sorang member da kawin. (muka acah2 sedih. haha)



So, kepada Faiz, moga semuanya berjalan dengan lancar. Doakan dia ye guys, moga dia bahagia dengan rumah tangga dia and kekal sampai ke syurga. Bukan apa, kalau kita doakan kebahagiaan orang, Allah akan bagi jugak kebahagiaan kepada kita. (^_^) 

Kay, tu je nak citer. 
May peace be upon you guys!

Sunday 8 January 2017

The forgotten doa

Assalamualaikum guys!

Doa.

Alah yang korang tadah tangan pastu mintak macam2 tu. Tahu kan? Haha

So doa ni basically bagi Penji, memang something yang power giler. Sejak dulu sampai skrg, banyak gile doa Penji yang Tuhan da makbulkan. Tak dinafikan la ada jugak yang tak berapa dimakbulkan. Haha. Tapi look at the bright side, Tuhan tu tahu apa yang terbaik untuk kita kut. Kita je yang asik tak menyabor nak dapat apa yang kita mintak tu.

Kadang2 macam funny jugak la bila mengenangkan berapa banyak yang kita doa tapi tak dimakbulkan, dan bandingkan berapa banyak yang kita tak doa pun tapi Tuhan bagi kita. Meh Penji bagi contoh.

"ya Allah, aku dah nak masuk U ni. So ya Allah, Kau bagi la aku sahabat2 yang hensem2 dan jambu2 belaka"
5tahun berlalu... Sorang pun member kita takda yang hensem.
Pastu kita cakap "huh! Tuhan bukan nak makbulkan doa aku pun *tarikmuka*"

Tapi kita lupa yang banyak benda yang kita tak mintak pun kat Tuhan tapi Dia bagi jugak kat kita. Contohnya..  Ada ke kita tiap2 hari doa untuk dapat oksigen supaya kita dapat bernafas sepanjang hari tu? Secara purata, manusia akan sedut 550 liter oksigen masuk dalam paru2 setiap hari. 550 liter guys! Korang nak isi petrol sampai 550 liter sehari da berapa ribu ringgit dah oi.. Ini cerita dia, Tuhan tu bagi free je oksigen yg beratus liter tu. Tak payah kita nak doa tiap2 hari "ya Allah, harini aku nak 550 liter oksigen ya Allah. Kalau lebih skit pun okay jugak, ya Allah. Hehe".  Takde. Takde pun sampai camtu sekali kita doa kan?

Syukuuuuuuuuurrrr sangat2 dapat macam2 nikmat tiap2 hari. Osem betul Tuhan kita ni kan? (^^,)

Okay, ada satu citer pasal doa yang pernah terjadi kat Penji. Time tu parents Penji bawak Penji gi umrah. (alhamdulillah.. Insaf la sekejap. Haha :P) so kat sana, banyak la yang Penji doa. Ada sekali tu, baru habis solat subuh. And Penji amek masa sekejap untuk diri area depan kaabah and berdoa sebelum keluar dari masjidil haram tu. Sikit lagi Penji nak habis baca doa, Penji perasan ada orang datang diri sebelah Penji. Lepas amin je, ada sorang random guy plak berjalan laju and tersenggol bahu mamat yang diri sebelah Penji tu. Langgar lari gituh.

"dah tak tahan nak terkencing kut tu.." Penji saja cakap kat mamat sebelah Penji, just nak start conversation dengan dia. Then dia pun tergelak kecil "ha'a la kut tu.. Haha". Lepas that  moment, baru Penji tengok muka dia. Ya Allah indahnya ciptaan Tuhaaaaan... Hensem betul muka dia. Dia macam hensem2 kiut gitu la.. (sori ternakal plak :P) Haha. So kitorang berbual2 kejap and sempat berkenalan. Let's just call him Ali. Just few short minutes of conversation pastu kitorang pun berpisah. Tapi! Punya lah Penji rasa sejuk mata tengok si Ali tu, on the way nak keluar dari masjid tu hati Penji berdoa, "yaAllah.. harap2 jumpa lagi la dgn Ali tu"

Siyes. Muka si Ali tu mirip2 macam ni. 

Hari berganti hari, Penji tak terjumpa pun Ali kat masjid tu lagi. Secara logiknya, kalau kat masjidil haram tu, korang memang tak akan jumpa orang yang sama setiap kali korang masuk. Probability untuk dapat jumpa orang yang korang pernah jumpa sebelum tu memang sangat2 la tipis. Sebab ada berpuluh or beratus ribu manusia kat situ. Tapi! Nak dijadikan cerita, a miracle happened on the last day Penji kat Mekah. Time tu dah dekat2 nak subuh kat masjid. Penji cam ngantuk2 time tu. Menuju ke kawasan kaabah. Dalam keadaan mata terpisat2 duk tahan ngantuk, tetibe Penji ternampak si Ali tu. Jalan sorang2. Menuju ke kawasan kaabah jugak. Mata Penji yang ngantuk tu terus membulat tercelik. Haha. Penji mula cepatkan langkah, cuba dapatkan dia. Alhamdulillah dapat. Hehe. Pastu kitorang jalan sama2 kat area kaabah. Ali siap cakap, "macam tak percaya plak kita dapat jumpa lagi". His smile was sooo sweet. Haha berbunga betul hati Penji time tu. Kihkih. But sadly, Ali decided to go somewhere else, and Penji pun continue tawaf sunat. So lagi sekali, kami terpisah. Sadis.

So lepastu azan and iqamat and solat subuh. Lepas solat, Penji doa lagi sekali untuk dapat jumpa Ali. (gatal. :P) pastu Penji pun round sana sini untuk cari si Ali tu. Cari punya cari, ke hulu ke hilir, pusing sana pusing sini, tak jumpa. Tapi Penji masih berharap lagi. But masa macam da lewat sebab Penji kena siap2 packing barang haritu. Last day kan. So Penji pasrah. Penji jalan slow2 menghala ke pintu keluar masjid. On the way keluar, tiba2 mata Penji ternampak kelibat Ali. Maigoddddd! Apa lagi, once again, Penji panjangkan langkah, nak dapatkan si Ali tu. Few steps lagi nak sampai pintu keluar, Penji tepuk bahu dia dari belakang. Dia terkejut and then smiled. Senyuman yang semanis kurma tu. Pergghh.. Cair beb. Haha. And then kitorang berbual kat laman masjid. Lama la jugak. Time tu Penji tenung je muka dia sambil bual2 tu. Nak ingat habis habisan setiap detail wajah dia. But then kami terpaksa berpisah lagi. Ambil haluan masing2.

My words time kitorang berpisah berjalan ke arah berlainan tu, "InsyaAllah jumpa lagi, Ali."
Then dia balas,  "InsyaAllah :)"
Then I added, " kalau bukan kat dunia, InsyaAllah kat syurga nanti!" tinggi sikit suara sebab da makin menjauh.
He replied, "InsyaAllah! :D" makin lebar senyum walau da menjauh.
Dan kami pun berpisah. Buat kali yang ke tiga. Sobs.

So begitulah. Kisah doa yang paling cepat dimakbulkan. Hehe.
Dalam hati, sampai sekarang, masih lagi teringat dia. Masih lagi doa untuk dapat jumpa dia semula.
Menyesal tak mintak nombor dia time tu. Haha. But Penji yakin, Tuhan mesti akan pertemukan kitorang sekali lagi suatu masa nanti. InsyaAllah (^^,)

[Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.] -surahGhafir:60

Jadi, teruskan berdoa ye guys. Jangan pernah putus asa dengan Tuhan tau. And sori sebab post kali ni terpanjang sikit plak. Heeeee

(moga Allah perkenankan doa kalian. Aamiiiiiinnn! :D)

2021 quick update

 Assalamualaikum  2 tahun tak bukak blog ni.  entah kenapa tiba2 teringat blog ni pagi tadi. dalam masa 2 tahun ni macam2 dah berlaku i'...