Saturday 31 December 2016

Deciding a name

Assalamualaikum guys!

Basically time aku tengah tulis entry ni, aku berada di sebuah pejabat pos untuk bayar bil. (bapak aku suruh gi bayar -_-"). So sementara menunggu turn yang mungkin memakan masa yang agak lama ni, (aku tak pasti la sama ada orang yang ramai ataupun tempat ni yg sempit. Hmmmm...) jadi boleh la aku menghilangkan bosan dengan menulis something. See? Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin kalau aku x disuruh bayar bil, entah bila entah aku nk update blog ni. Hiks.

Waktu awal2 aku beranakkan blog ni, aku tak terfikir pulak pemilihan nama tu penting. So aku tak introduce pun diri aku with any name. Yang ada pun cuma profile name yang aku pilih time buat account Gugelplas tu.

So entry kali ni aku just nak menjawab persoalan few orang yang bertanya, "nak panggil awak apa ya?" sebab maybe nama Penjihad Nafsu yang terpapar kat celah2 blog aku ni cam tak catchy sangat or susah nak disebut or macam bukan nama je gayanya. Haha. So aku amek masa yang agak lama jugak la untuk fikir masak2 nak pilih nama apa. Siyes gua cakap, bukan senang nak pilih nama. Feeling dia macam nak pilih nama untuk anak sulung gituhh.. Haha ok. Tu over. But serious itu yang aku rasa. Hiks.

So setelah berhari2 lamanya, setelah beberapa sesi termenung dan pertapaan (especially dalam toilet. Haha), maka juri telah membuat keputusan..

Call me Penji.

Aku just derive nama from nama Penjihad Nafsu tu je. Haha. Sebab susah sangat nak pilih nama la guys. But then aku realize something. Mesti nanti ada orang yang akan have problem untuk sebut nama Penji tu. So aku provide formula kat bawah ni untuk korang ye, supaya semua orang akan sebut dengan betul, tepat, padat dan mampat. (takde kaitan)


Buang 'had' je. (a.k.a tanpa had.) Hiks. 

So Penji, okay? 

Dia macam bila korang nak sebut 'BENCI' tapi korang pelat or lidah pendek or malas nak sebut betul2. Haaaaa itu macam laaa.. 

Kalau dari segi falsafahnya, aku buang perkataan 'HAD' daripada perkataan 'PENJIHAD' tu untuk menunjukkan yang I am a Penjihad tanpa had. Yeaahhhhhh... B-) 
falsafah lah sangatt! Hahaha. 

Soooo... Hope ini menjawab persoalan korang2. Again, malas nak tulis panjang2. ;P

Sekian saja from Penji, hevva blessed New Year, guys! :D

Wednesday 21 December 2016

Kecik2 da minat lelaki

Assalamualaikum guys.

Dalam keadaan dunia sekarang yang dipenuhi dengan berjuta2 plu, aku kadang2 tetap ada pandangan bahawasanya tak patut kalau someone yang straight in the beginning, tetibe jadi gay kat pertengahan riwayat hidup dia. Haha sori tapi aku against that idea sebenarnya. Maybe korang akan kata, mungkin dorang jadi mangsa keadaan, mungkin diorang ada sejarah hitam, bla bla bla, tapi ni cuma pendapat aku je.

Camni, fyi, aku boleh kata yg aku memang dilahirkan sebagai bi. With more inclination towards men. (sorry, can't resist. Hahak! *tutupmukamalumalu) aku da minat kat lelaki sejak kecik lagi. Sampai sekarang aku masih ingat yg aku minat gila tgok sorang mamat dalam cerita Fantaghiro (aku belum sekolah pun lg masa tu). Mamat tu sampai muncul dalam mimpi aku time zaman aku budak hingusan lagi. Haha.

Ni mamat dalam cerita tu. Menggoncang keimanan betul! Haha
So nak cerita kat sini, waktu aku kecik2 tu, aku tak pernah tahu pun istilah 'gay', 'bisex', 'eljibiti' or apa2 yang sewaktu dengannya, tapi the feeling was already there. Fyi, aku dikurniakan ability utk dpt ingat certain mimpi2 aku sejak aku mumayyiz. Haha. And gua cakap lu, semua mimpi2 aku tu melibatkan lelaki2 hensem dan tampan serta kacak. Hiks.

Nak ditambah rencah kepada cerita aku ni pulak, aku ada sorang abang yang aku memang rapat sangat berbanding abang2 aku yg lain. Dulu2 suka gila bila dia peluk2 aku. Hehe. Abang aku yg sorang ni, dia pandai melukis. And dia suka lukis hero2 kartun. Ada yang dia copy from somewhere, ada yang dia cipta sendiri. Yang bestnye tu bila dia lukis yang hensem2 and badan sado2. Haha. Kadang2 time dia takda, aku curi2 belek lukisan2 dia. Plus, dia ada banyak komik2 fighting2 ni. Memang hobi aku la cuci mata tgok hero2 badan sado dalam komik2 dia tu. Bole dianggap sebagai hentai yg aku layan time childhood aku tu la. Hahaha.

Jenis2 komik camni la yang abang aku ada. Tapi aku pernah tengok yang lagi merecikk. Haha

Haihhh... Kelakar pulak bila dikenang semula kisah lampau tu. Haha. Okay, back to the topic. What I'm trying to say here is that aku memang yakin seratus peratus yang aku memang minat kat lelaki secara erotiknya sejak aku kecik lagi. And by saying kecik, I'm referring to umur aku sebelum aku jejak tadika lagi.

Oleh yang demikian..... Aku jadi pelik, kenapa ada orang yang memilih untuk suka jantina yg sama secara tiba2. Pada pendapat aku, tak kira kau kena rogol dengan lelaki ke perempuan ke maknyah ke ape ke, tapi kalau sexual orientation kau A, maka A lah. Sepatutnya ia takkan berubah.

Contohnya, Jamal seorang straight yg sejati. Ex girlfriend dia dah mencelah berpuluh orang. Dia seorang playboy tegar. Suatu hari Jamal ditarik ke dalam semak oleh seorang lelaki. Lelaki itu mencabul Jamal. Selepas dicabul, Jamal melarikan diri. Namun, ter detik di hati Jamal, 'seronok jugak rupanya. Next time nak try lagi lah'.

Mustahil!

Mana mungkin seorang yang straight boleh enjoy buat sesuatu yang tak straight. Kalau betul lah itu yang berlaku pada Jamal, maknanya selama ni Jamal cuma ingat je yg dia straight padahal rupanya2 dia tak. Ok. Aku da pening. Haha.

Whatever it is, aku tetap berpendapat yang gay and bisexual or lesbian memang dilahirkan sebegitu rupa. Kami tak mintak pun untuk ada perasaan yang masyarakat anggap jijik ni. Personally, aku percaya yang memang Tuhan yang bagi perasaan ni. So buat lelaki2 straight yang terfikir untuk suka kat lelaki, better cari kerja lain. Lupakan la hasrat utk jadi gay tu. Da elok da korang dilahirkan straight. Takyah ngada2 nak rasa camne jadi gay. Orang gay pon kalau boleh nak buang perasaan ni tau. Haihhh..

Tu je la kut bebelan aku kali ni. Semoga kita semua disayang Tuhan. Aamiin. :)



Monday 19 December 2016

Alim tapi gay? Hmmm

Assalamualaikum semua.

Maybe takda siapa pun kut yang akan baca blog aku ni. Tapi lantak lah. Aku nak syok sendiri. Haha.

Ok, so aku decided untuk buat blog ni sebab aku da lama pendam perasaan aku and aku rasa ada bagusnya kalau aku luahkan kat sini. Sebab nak luahkan kat manusia lain, diorang konpem susah nak terima. Haha. (Jangan plak judge yg aku tak pernah luahkan kat Tuhan ye. Tak baik fitnah. Haha)

Basically, umur aku sekarang ni 23. Anak bongsu. Dan dari kecik lagi aku da ada perasaan kat manusia yang sama jantina dengan aku. Haaaa... Maknanya apa tu? Haha maknanya aku memang tak straight sejak kecil lagi. Tapi ironinya, aku dibesarkan dalam didikan agama yang bagus. Keluarga aku takda la ulamak2, tapi kategori orang2 yang amalkan ajaran Islam la. Alim la senang citer. And orang tengok aku pun orang ingat aku alim sangat. Dalam hati ni, malu sebenarnya. Hmmmm.. (tertunduk sekejap)

So aku buat blog ni just utk aku luahkan and kisahkan pendapat, pengalaman, and harapan aku sepanjang menghabiskan usia yang tuhan da kurniakan kat aku ni. Dalam masa yang sama, aku harap jugak kalau ada orang2 yang senasib dengan aku yang boleh sama2 bantu and bimbing aku plus bagi semangat untuk aku jadi hamba yang Allah sayang, walaupun hakikatnya nafsu terhadap lelaki tu masih ada.

Ok. Tak nak cakap panjang. Lenguh jari menaip. Haha.

(ya Allah, berilah hidayah kepada orang yang membaca blog ini. Aamiiiiiinnn)

2021 quick update

 Assalamualaikum  2 tahun tak bukak blog ni.  entah kenapa tiba2 teringat blog ni pagi tadi. dalam masa 2 tahun ni macam2 dah berlaku i'...