Nothing much to say. Penji agak berkecamuk this few days.
Hmmmm...
Kecundang mengawal nafsu.
Lalu jiwa terus membeku melesu.
Meratap takdir yang telah berlaku.
Tiap helaan nafas rasa berdosa.
Tak tenang melangkah sini dan sana.
Nak ungkap taubat berat terasa.
Keliru antara laknat dan rahmat.
Kecamuk akal bagai direnjat.
Kuseru Tuhan namun tak terlihat.
Hanya mahu satu entiti penyokong.
Yang menyayang dan tak mengongkong.
Agar tak perlu lagi tipu dan bohong.
Tuhan, aku penat namun Kau tahu.
Memang ini Kau mahu untukku.
Kuredha, tapi kumohon kurayu,
Oh Tuhan tolong kuatkanlah aku!
May peace be upon you.