Thursday 15 July 2021

2021 quick update

 Assalamualaikum 

2 tahun tak bukak blog ni. 

entah kenapa tiba2 teringat blog ni pagi tadi.

dalam masa 2 tahun ni macam2 dah berlaku

i've got married - alhamdulillah

i've got a daughter - alhamdulillah

rasanya dah boleh bersara daripada menulis kat sini. hehe

tapi penji biar je lah post2 tu mana la tau ada yang perlukan inspirasi kan.


jujur cakap, perjalanan ni tak mudah.

tapi insyaAllah kalau kita ikhlas nak berubah

Allah akan tunjukkan jalannya

dan Allah dah bantu penji untuk menjalani proses perubahan ni. 

alhamdulillah..


untuk penjihad-penjihad nafsu di luar sana,

jangan pernah putus asa

kita ada Allah

mintak sungguh2 dengan Allah

dan mula pandang kehidupan kita dengan pandangan positif

cari hikmah di sekeliling kita

teruskan sabar

sabar

sabar

kalau rasa stress, ingat

kehidupan kita di dunia ni ujian je

insyaAllah yang terbaik menanti kita di akhirat sana. 

hidup selama-lamanya

takda lagi ujian nafsu yang kita perlu tanggung macam kat dunia ni.

yang ada hanya bahagia yang diredhai-Nya.


kita kena kuat

dan kita memang kuat

sebabtu Allah bagi ujian ni kat kita


ok. penji doakan korang yang baca blog penji ni mudah-mudahan diberi kasih sayang yang extra dari Allah, dan dipermudahkan usaha korang untuk terus kuat mengharungi ujian ini. 


(syukur ada wife yang supportive & accepting)


moga syurga milik kita. aamiin.

Monday 3 December 2018

Engagement

Bismillah

Setahun lebih tak tulis kat sini. Macam² dah berlaku sepanjang that period of time. Hmmmm...

Next week is my engagement day. Hope this gonna be a good start for me.

I'm startled. somewhat confused. Kinda mixed feeling now. But sekarang ni cuma ikut je flow. What a weird year.

So many commitment now. Hope I can cope with it.

May Allah favor me.

Sunday 3 September 2017

Akhi

Assalamualaikum guys

Haritu Penji pergi KL. FYI, untuk seorang Penji, KL merupakan tempat yang sangat lah asing. Memang jarang sangat la jejak kaki kat kolumpo tu. Last sekali cecah KL was two years ago kut. Tu pun kat sipi² KL je. Haha.

Penji gi KL dengan sorang member Penji ni. Baru setahun kut kenal dengan dia. Jumpa pun jarang². But our bond tu memang level kawan baik gak la. Ye la, sampai sanggup temankan dia gi KL untuk settlekan urusan dia kat sana. Kira kawan baik la tu kan? Haha.

Let's call my fren ni Faiz. So Faiz ni dia orangnya berbadan sedang. Tak keding, tak gemuk. Ada riak² sado pada lengan dan dadanya. Muka lonjong. Selalu tersenyum. Sangat soft spoken. And kategori manusia alim gak la. Hehe.

Okay. Kitorang gi KL 1hari 2malam (gerak malam, siangnya round kl, malamnya balik. So 1h2m. Hiks). So basically Penji and Faiz pusing2 KL naik public (kereta biar parking kat masjid negara) sebab Faiz kata saja nak bagi Penji rasa naik LRT, Monorel, MRT tu sume. Yup. Memang tu la first time naik. Setelah hidup 20tahun lebih kat Malaysia ni. Baru tu lah dapat naik even LRT. Haha kawal jakun je la kat dalam tu. Hehe.

Ouh ya. Malam tu kitorang sampai KL around 1am. Faiz kata tido kat Masjid Negara je. So tidurlah kami berdua kat luar dewan solat kat situ. Berbantalkan beg dan berselimutkan kain pelikat masing². (kalau tido berdua kat hotel, mungkin Penji dah ternakal² dah dengan Faiz tu. If you know what I mean. Hahaha)

"adakah ini kali yang pertama.. adakah ini kali yang terakhir~"


Long story cut short, Penji perasan Faiz tu macam sesuatu sebenarnya. From the moment Penji mula² jumpa dia. Well, kita kan macam ada gay instinct tu kaaaaannn.. Haha. And sepanjang dekat KL tu, Penji bersaya-awak dengan Faiz. And so did he. And banyak la jugak bertouching². Serius rasa macam kapel time tu. Ahak!

Tapi.... At the same time Penji macam dapat rasa yang Faiz tu dalam stage denial (atas beberapa faktor bodily reflexes dengan Penji.πŸ™ˆ). Penji banyak kali macam nak come out dengan Faiz. Tapi mungkin masa dan situasi belum mengizinkan. Da la dia tu alim. Elak nanti Penji kena bash plak dengan dia. Kadang² orang alim ni, walaupun dia gay sekalipun, dia akan bajet² straight and anti-gay. Hahaha

Kaylah. Doakan la Penji okay je dengan Faiz tu ye.

May peace be upon you!


Sunday 6 August 2017

Kecundang Kecamuk.

Assalamualaikum guys! 

Nothing much to say. Penji agak berkecamuk this few days. 
Hmmmm... 


Kecundang mengawal nafsu. 
Lalu jiwa terus membeku melesu. 
Meratap takdir yang telah berlaku. 

Tiap helaan nafas rasa berdosa. 
Tak tenang melangkah sini dan sana. 
Nak ungkap taubat berat terasa. 

Keliru antara laknat dan rahmat. 
Kecamuk akal bagai direnjat. 
Kuseru Tuhan namun tak terlihat. 

Hanya mahu satu entiti penyokong. 
Yang menyayang dan tak mengongkong. 
Agar tak perlu lagi tipu dan bohong. 

Tuhan, aku penat namun Kau tahu. 
Memang ini Kau mahu untukku. 
Kuredha, tapi kumohon kurayu, 
Oh Tuhan tolong kuatkanlah aku! 



May peace be upon you. 

Wednesday 12 July 2017

Hilangkan perasaan songsang

Assalamualaikum guys!

Wow da bulan 7! Bulan lepas tak update langsung blog ni. Haha da nampak da tanda² awal kemalasan di situh... Kihkih

Anyway, selamat Hari Raya Aidilfitri, korang! (walaupun dah nak abes syawal dah pun. Hehe😜). Hope korang happy je la raya kali ni. As for me, Penji first time beraya as orang yang bekerja. So first time la bagi duit raya kat mak ayah abang akak pakcik makcik tu sume. Aaaaand.. First time la jugak da tak dapat duit raya daripada pakcik makcik tu. Hahaha.

Banyak jugak abes duit untuk bagi duit raya je 😱

Okay, now merujuk kepada tajuk post ni.. Ekceli sejak beberapa tahun kebelakangan ni, barulah Penji mula menerima kenyataan yang memang Penji suka kat lelaki. At the same time, Penji ada jugak perasaan kat perempuan sebenarnya, which is nipis sangat la perasaannya tu berbanding perasaan kat lelaki. Hehe. Tapi yang pasti, Penji mula yakin yang memang Tuhan da ciptakan Penji macam ni. Bukan dibuat², bukan diminta², bukan dibelajar dari sape². Takda siapa pun ajar Penji untuk suka kat kawan² lelaki Penji waktu tadika dulu. Kalau bukan dari Tuhan, dari siapa pulak datangnya perasaan tu? So sebab itu la Penji decide untuk betul² menerima hakikat yang Penji ni tak straight macam orang lain.


Kalau nak diikutkan, waktu Penji sekolah menengah dulu, Penji selalu doa untuk Tuhan hilangkan perasaan suka kat lelaki ni. Sebab Penji rasa benda ni salah. Tapi itu lah, doa tu tak dimakbulkan pun. Lagi bertambah perasaan tu ada la. Hahaha. Mungkin doa Penji untuk hilangkan perasaan kat lelaki tu sama level macam doa orang straight untuk hilangkan perasaan dorang terhadap perempuan kut. Hehe.



Bila sambung study kat IPT plak, Penji dah tak doa pun untuk hilangkan perasaan ni. Penji da mula terima yang memang Tuhan jadikan Penji macam ni. And ramai je yang sama nasib dengan Penji. In fact, waktu Penji pergi Holy Land haritu, Penji doa macam² depan kaabah. Tapi dalam banyak² doa tu, Penji tak doa pun untuk hilangkan perasaan 'songsang' ni. Bukan terlupa nak doa, tapi memang taknak doa. Entah kenapa. Ada je terpikir untuk doa benda tu. But tak terdoa pun. Punya la menerima diri ni tak straight, sampai tak nak pun doa untuk jadi straight. Gituuuuuuhhh.. Hehe

Tapi one night, Penji mimpi yang Penji bersusah payah untuk pergi lagi sekali ke Holy Land. And bila Penji sampai depan kaabah tu Penji sujud and bersungguh2 berdoa sesuatu kat Tuhan. "ya Allah, kau hilangkan la perasaan songsang ni!". That was my doa dalam mimpi tu.

Untuk beberapa hari, in fact sampai sekarang ni, Penji masih terpikir² kenapa Penji mimpi benda tu. Adakah sebenarnya dalam hati ni masih tak redha diri ni tak straight? Atau ini satu petanda yang Penji ni bakal menjadi straight tak lama lagi? Kahkahkah

Wallahua'lam.

Sape bole tafsir mimpi kat sini? Hehe

Tuesday 30 May 2017

My May. in short. Heee

Assalamualaikum guys!

Ramadan Kareem to all of you. Moga Allah izinkan & kuatkan kita semua untuk buat berlori2 amal ibadat sepanjang bulan yang osem ni. Hehe

It's the final day of May. It's almost one month dah Penji dapat kerja. To cut short, kerja ok, kawan2 ok, bos ok, tempat kerja ok, alhamdulillah semua ok. Hehe. (ada je few benda yang tak ok sebenarnya but I choose to view things positively. Chewahhh!) So post kali ni pun sebab taknak Mei ditinggalkan sepi tanpa sebarang post. Kihkih. Well.. Maklumlah, bizi kerja, chuolls. 😽 Haha alasan!

Nothing much to be updated actually. Or dalam kata lain, otak malas nak recall apa yang dah berlaku for the past month. Hiks. But one thing's for sure, I'm still struggling to kawal my nafsu. By saying nafsu, Penji memang bermaksud merujuk nafsu yang itu. Ye. Nafsu itu. Haha. Fortunately alhamdulillah, Ramadan datang tepat pada masanya! So far, apa yang Penji experienced, puasa memang boleh melemahkan nafsu syahwat kita. Therefore secara tak langsung dia membantu la proses pembelengguan nafsu yang Penji da lama inginkan. *muka suci* πŸ˜‡

Penji harap bila da kerja ni Penji akan bizi and takda masa nak pikir pasal nak menggatal2 ni. Tapiiii.... Nampaknya Tuhan takkan biarkan Penji begitu saja. Hahaha. Sebabnya, ada sorang workmate Penji ni dia kinda bisexual kut. Dia duda. Anak sorang. And few gay things happened antara Penji dengan dia. Which Penji memang regret la benda2 tu terjadi. Ya Allah, ampunkanlah Penji yang mudah lalai ni. Haihhh..


Actually taknak citer pon pasal workmate tu, but dah tertaip sikit and malas nak delete. So segitu je lah ye citer yang korang dapat tahu. Hahaha. Bukan apa, Penji taknak terjebak lagi kalau boleh. Nak jadi plu yang soleh. Yang tuhan sayang. Hehehe. Jangan gelakkan okay.. After all, kita masih hamba kepada yang ciptakan kita. And I believe that He has made me like this as a test. 😊

Oklah. Sori macam membebel je lebih. Hehe
Sekali lagi, selamat menyambut Ramadan to all of you. Moga Allah sayang lebih untuk Ramadan kali ni!
May peace be upon you! 😘

Friday 28 April 2017

Consistency

Assalamualaikum guys!

Update blog dengan entry² baru memang satu cabaran. Untuk Penji la especially. Tak tau la kalau blogger² lain rasa senang je kan. hehe

 Minggu depan Penji akan berhenti menganggur and start kerja. Sooo.. Terpikir la jugak, "adakah aku mampu hadap blog ni lagi lepas ni?" Haha. Maklumlah, konpem bizi punya bila da start kerja kan. Tengah menganggur pun tak menyempat nak update, inikan bila da bizi kerja nanti. Hahaha πŸ˜…

At the same time, Penji harap gak Penji akan dapat rakan2 sekerja yang okay2. Kalau ada yang hensem tu kira bonus la. (hahak! Nakal di situuhhhh..!) Tapi betul lah. Kalau workmates semua okay2, InsyaAllah kita nak bekerja pon seronok beronok ronok, nokkkkk.. Eh.
Hope Penji tak jadi pemalu and awkward time first day nanti. Hehe

Ha, dah la kut. Tak tau nak cerita apa lagi. Doakan Penji dapat stay positive starting from the first day of work, sampai la bila2 ye. Hahaha. And doakan la supaya masih mampu menulis kat blog ni. Hehe.

Tata guysπŸ‘‹
May Allah's blessings be with you~! 😘

2021 quick update

 Assalamualaikum  2 tahun tak bukak blog ni.  entah kenapa tiba2 teringat blog ni pagi tadi. dalam masa 2 tahun ni macam2 dah berlaku i'...